Sunday, March 20, 2011

Monday, February 28, 2011

RISIKO DIET UNTUK IBU MENGANDUNG


RISIKO DIET UNTUK IBU MENGANDUNG

Para saintis berpendapat ibu-ibu mengandung yang mengamalkan diet akan berdepan risiko bayi yang dikandung mempunyai IQ yang rendah serta masalah tabiat.

Hasil kaji-selidik terbaru mendapati pengurangan zat nutrisi penting dan kalori pada separuh penggal pertama kandungan akan membantutkan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Walaupun kajian dilakukan ke atas haiwan penyelidik menyatakan keputusan yang sama dijangka akan dihasilkan jika kajian dilakukan ke atas wanita – dan menegaskan akan bahaya yang berpanjangan kepada bayi sekiranya ibu mereka tidak mengamalkan pemakanan yang sihat.

Penulis Dr.Thomas McDonald berkata kajian ini selanjutnya menunjukkan betapa penting kesihatan dan pemakanan ibu yang baik.Ia menyokong pandangan yang menyatakan diet yang buruk semasa mengandung boleh merubah perkembangan organ janin iaitu otak bayi yang akan menanggung akibat sepanjang hayat, berpotensi merendahkan IQ dan juga tabiat bayi tersebut. Kajian yang lepas juga menunjukkan diet yang berlebihan,kebuluran dan kekurangan makanan semasa mengandung boleh membahayakan bayi yang belum lahir.

Akan tetapi kajian terbaru menjurus kepada “diet yang sederhana” yang titikal di kalangan wanita di Britain dan Amerika.Para penyelidik membuat perbandingan antara dua kumpulan ibu babun di Pusat Kajian Habitat di San Antonio.

Satu kumpulan dibenarkan makan sebanyak mana yang mereka mahu makan diseparuh penggal pertama kandungan manakala satu kumpulan lagi hanya dibenarkan makan kurang 30% “tahap nutrisi” yang sama yang ibu mengandung perlukan, ujar para penyelidik.

Sel-sel tidak membahagi kepada jumlah yang sepatutnya dan neurons tidak berhubung antara satu sama lain. Laporan penyelidik di dalam prosiding National Academy of Sciences melaporkan kekurangan nutrisi berhubung rapat dengan cara sel-sel otak berhubung di kalangan bayi yang belum lahir dan juga merubah ekspresi beribu-ribu baka – kebanyakkannya melibatkan perkembangan sel.

Dr McDonald berkata kekurangan nutrisi kepada janin adalah risiko bahaya kepada ibu-ibu remaja dan wanita yang mengandung pada umur yang lewat.

Pada remaja yang mengandung janin yang membesar akan tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya kerana ibu-ibu remaja memerlukan nutrisi dalam tumbesaran mereka.

Pembuluh darah yang tidak anjal di kalangan wanita yang berumur mengurangkan aliran darah ke rahim, yang akan menyebabkan kekurangan aliran nutrisi kepada janin yang membesar.

Para saintis mencadangkan lebih banyak kajian dijalankan ke atas hubungkait antara diet ibu dan risiko dikalangan anak-anak mendapat autisme, kemurungan dan skizofrenia bila mereka meningkat dewasa. Kajian ini juga mencabar pendapat umum yang mengatakan ibu-ibu boleh menyelamatkan bayi mereka yang belum dilahirkan dengan diet yang berlebihan semasa mengandung.

Penyelidik berkata,proses perkembangan otak babun adalah “sangat rapat” dengan janin manusia. Dr Peter Nathanielsz, dari University of Texas Health Science Centre di San Antonio berkata jangkawaktu ini adalah kritikal bilamana banyak neurons bersama-sama sel menyokong di dalam otak dilahirkan.

Panduan dari Royal College of Obstetricians and Gynaecologists State menyatakan “ bukti tentang bahaya semasa separuh penggal pertama kandungan adalah sangat sedikit, tetapi separuh penggal kedua menunjukkan kebimbangan”.

Akan tetapi,wanita dinasihatkan untuk tidak mengamalkan diet sekiranya mereka didapati mengandung. Dr Patrick O’Brien perunding dan jurucakap Royal College of Obstetricians and Gynaecologists berkata kajian yang dilakukan mungkin tidak boleh diguna-pakai ke atas wanita.
“Semua kajian yang dilakukan ke atas manusia tidak mencadangkan diet yang sederhana pada separuh penggal pertama kandungan mengakibatkan sebarang masalah”. Panduan kami tidak berubah – iaitu wanita mengandung sepatutnya mengamalkan pemakanan sihat, menghindarkan diet dan juga mengelakkan “makan untuk dua orang”, tambah beliau.


Kredit: Flickr


Saturday, February 19, 2011

BAHAYA DIET SEGERA


AMALAN diet yang drastik dan pengambilan ubat kurus untuk menurunkan berat badan sebenarnya boleh diibaratkan sebagai tindakan kurang bertimbang rasa terhadap diri sendiri kerana ia bukan saja tidak berkesan, malah boleh mendatangkan kesan negatif tanpa disedari.

Antara punca utama ramai gagal dalam program diet ialah ia sukar dipatuhi, penggunaan bahan tidak selamat dan mempunyai kesan sampingan serta kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai berasa kecewa apabila jarum penimbang masih menunjukkan angka sama.

Apabila anda mengamalkan diet drastik, berat badan turun dengan cepat. Sebenarnya berat yang hilang itu adalah berat air dan otot. Namun, selepas satu tempoh biasanya berat badan akan kekal, walaupun jumlah makanan diambil makin sedikit.

Masalah ini membuatkan ramai berasa kecewa dan berhenti separuh jalan. Mereka kembali kepada tabiat pemakanan asal dan menjadi lebih berisi berbanding sebelum mengikuti program diet.

Pengerusi Hal Ehwal Perubatan, Sains Kesihatan dan Pendidikan, Shaklee Corporation, Dr Jamie McManus, berkata ramai tidak sedar mereka mengamalkan diet yang salah sehingga terpaksa berlapar semata-mata mahu menurunkan berat badan.

Apabila kurang makan (jumlah kalori kurang daripada yang diperlukan iaitu 1,200 kalori untuk wanita dan 1,800 kalori bagi lelaki), badan bertindak balas dengan mengambil protein daripada otot sebagai bekalan tenaga.Ini kerana rantaian protein lebih mudah dipecahkan bagi mendapat tenaga, sebaliknya lemak akan disimpan. Proses ini menyebabkan berat badan turun dengan cepat.

“Keadaan ini juga secara tidak langsung menurunkan kadar metabolisme. Ramai tidak tahu otot adalah metabolisme. Sejumlah 0.45 kilogram otot membakar antara 30 hingga 50 kalori setiap hari. “Apabila badan menggunakan protein daripada otot, bermakna kuantiti otot semakin sedikit. Ia bermakna metabolisme juga semakin rendah.

“Sedihnya, kadar metabolisme yang hilang ini tidak berganti. Anda kekal dengan kadar metabolisme rendah. Ini sebabnya apabila seseorang itu kembali kepada tabiat pemakanan asal, mereka mengalami masalah pertambahan berat badan.

“Tenaga yang tidak digunakan disimpan sebagai lemak. Lama kelamaan simpanan lemak dalam badan meningkat dan menyebabkan seseorang itu bertambah gemuk.

“Badan akan mengalami penurunan jisim otot dan peningkatan simpanan lemak. Simpanan lemak yang banyak juga boleh memperlahankan lagi kadar metabolisme dan usaha menurunkan berat badan menjadi lebih sukar,” katanya pada pelancaran program pengurusan berat badan, Cinch anjuran Shaklee Corporation.Berlebihan berat badan, kegemukan dan obesiti menjadi masalah sejagat.
Bagaimanapun, kata Dr McManus, berat badan lebihan bukan satu masalah hinggalah ia menjejaskan kesihatan. Justeru, sebelum ia dianggap sebagai masalah, langkah terbaik ialah mengelakkannya daripada terjadi.Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan 2002/2003 yang dijalankan Kementerian Kesihatan ke atas orang dewasa mendapati, masalah berlebihan berat badan meningkat kepada 27 peratus (4.2 juta) berbanding hanya 16.6 peratus (1.7 juta) pada 1996.Secara purata kadar pengambilan tenaga (daripada makanan) penduduk dunia bertambah 25 peratus, tetapi aktiviti cergas pula berkurang 25 peratus. Senario ini menyebabkan masalah pertambahan berat badan dan obesiti menjadi masalah seluruh dunia.

Masalahnya, ramai tidak sedar mereka mengalami masalah kekurangan zat walaupun banyak makan. Keadaan ini menyebabkan badan menghasilkan isyarat untuk kita makan lebih banyak bagi menampung kekurangan zat tadi.Pilihan makanan yang tidak seimbang dan kurang sihat menyebabkan masalah kekurangan zat tetap berlaku, walaupun makin banyak makan.

Pengurusan berat badan tidak harus diukur pada timbangan saja, sebaliknya ia perlu bersifat lebih menyeluruh seperti peratusan lemak dalam badan, terutama lemak yang berkumpul pada abdomen atau perut.Ubat kurus (termasuk yang diambil di bawah pengawasan doktor) hanya sesuai bagi individu yang terlalu gemuk dengan syarat jika semua langkah seperti bersenam dan kawalan makanan tidak berjaya.

“Pengguna juga perlu lebih berhati-hati, banyak ubat kurus kini diharamkan kerana ada banyak kesan sampingan. Ubat penghalang badan menyerap lemak juga tidak bagus kerana badan memerlukan lemak untuk mendapatkan vitamin A, D, E dan K.

“Individu yang berumur dan ada masalah kesihatan juga disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum mencuba ubat atau program menguruskan badan untuk mengelak risiko tidak diingini.“Biar apapun program yang anda cuba, pastikan ia disertai dengan senaman dan banyakkan minum. Apabila mencapai berat yang diimpikan, teruskan gaya pemakanan seimbang dan bersenam,” katanya.


Kredit :
Flickr

RISIKO DIET UNTUK IBU MENGANDUNG

RISIKO DIET UNTUK IBU MENGANDUNG



Para saintis berpendapat ibu-ibu mengandung yang mengamalkan diet akan berdepan risiko bayi yang dikandung mempunyai IQ yang rendah serta masalah tabiat.

Hasil kaji-selidik terbaru mendapati pengurangan zat nutrisi penting dan kalori pada separuh penggal pertama kandungan akan membantutkan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Walaupun kajian dilakukan ke atas haiwan penyelidik menyatakan keputusan yang sama dijangka akan dihasilkan jika kajian dilakukan ke atas wanita – dan menegaskan akan bahaya yang berpanjangan kepada bayi sekiranya ibu mereka tidak mengamalkan pemakanan yang sihat.

Penulis Dr.Thomas McDonald berkata kajian ini selanjutnya menunjukkan betapa penting kesihatan dan pemakanan ibu yang baik.Ia menyokong pandangan yang menyatakan diet yang buruk semasa mengandung boleh merubah perkembangan organ janin iaitu otak bayi yang akan menanggung akibat sepanjang hayat, berpotensi merendahkan IQ dan juga tabiat bayi tersebut. Kajian yang lepas juga menunjukkan diet yang berlebihan,kebuluran dan kekurangan makanan semasa mengandung boleh membahayakan bayi yang belum lahir.

Akan tetapi kajian terbaru menjurus kepada “diet yang sederhana” yang titikal di kalangan wanita di Britain dan Amerika.Para penyelidik membuat perbandingan antara dua kumpulan ibu babun di Pusat Kajian Habitat di San Antonio.
Satu kumpulan dibenarkan makan sebanyak mana yang mereka mahu makan diseparuh penggal pertama kandungan manakala satu kumpulan lagi hanya dibenarkan makan kurang 30% “tahap nutrisi” yang sama yang ibu mengandung perlukan, ujar para penyelidik.

Sel-sel tidak membahagi kepada jumlah yang sepatutnya dan neurons tidak berhubung antara satu sama lain. Laporan penyelidik di dalam prosiding National Academy of Sciences melaporkan kekurangan nutrisi berhubung rapat dengan cara sel-sel otak berhubung di kalangan bayi yang belum lahir dan juga merubah ekspresi beribu-ribu baka – kebanyakkannya melibatkan perkembangan sel.

Dr McDonald berkata kekurangan nutrisi kepada janin adalah risiko bahaya kepada ibu-ibu remaja dan wanita yang mengandung pada umur yang lewat.

Pada remaja yang mengandung janin yang membesar akan tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya kerana ibu-ibu remaja memerlukan nutrisi dalam tumbesaran mereka.

Pembuluh darah yang tidak anjal di kalangan wanita yang berumur mengurangkan aliran darah ke rahim, yang akan menyebabkan kekurangan aliran nutrisi kepada janin yang membesar.

Para saintis mencadangkan lebih banyak kajian dijalankan ke atas hubungkait antara diet ibu dan risiko dikalangan anak-anak mendapat autisme, kemurungan dan skizofrenia bila mereka meningkat dewasa. Kajian ini juga mencabar pendapat umum yang mengatakan ibu-ibu boleh menyelamatkan bayi mereka yang belum dilahirkan dengan diet yang berlebihan semasa mengandung.

Penyelidik berkata,proses perkembangan otak babun adalah “sangat rapat” dengan janin manusia. Dr Peter Nathanielsz, dari University of Texas Health Science Centre di San Antonio berkata jangkawaktu ini adalah kritikal bilamana banyak neurons bersama-sama sel menyokong di dalam otak dilahirkan.

Panduan dari Royal College of Obstetricians and Gynaecologists State menyatakan “ bukti tentang bahaya semasa separuh penggal pertama kandungan adalah sangat sedikit, tetapi separuh penggal kedua menunjukkan kebimbangan”.

Akan tetapi,wanita dinasihatkan untuk tidak mengamalkan diet sekiranya mereka didapati mengandung. Dr Patrick O’Brien perunding dan jurucakap Royal College of Obstetricians and Gynaecologists berkata kajian yang dilakukan mungkin tidak boleh diguna-pakai ke atas wanita.

“Semua kajian yang dilakukan ke atas manusia tidak mencadangkan diet yang sederhana pada separuh penggal pertama kandungan mengakibatkan sebarang masalah”. Panduan kami tidak berubah – iaitu wanita mengandung sepatutnya mengamalkan pemakanan sihat, menghindarkan diet dan juga mengelakkan “makan untuk dua orang”, tambah beliau.

Kredit: Flickr

Wednesday, February 16, 2011

KIRA JUMPAH KALORI YG ANDA PERLU BAKAR

KIRA JUMPAH KALORI YG ANDA PERLU BAKAR

Sebelum itu kami nak ucapkan selamat tahun baru 2011 buat anda. Semoga di tahun baru ini azam diet anda akan lebih sukses, insyaAllah.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda satu sumber untuk anda mengira jumlah kalori yang anda perlu bakar dan juga jumlah kandungan-kandungan seperti protein, karbohidrat, lemak dan lain-lain yang perlu anda ambil untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.

http://nutritiondata.self.com/tools/calories-burned

Apa yang anda perlu lakukan adalah masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Calculate :


Dan anda akan mendapat keputusan seperti contoh di bawah :




Selamat mencuba!

Kredit imej : Flickr
Source : www.jomdiet.com

5 TIPS KEMPISKAN PERUT


5 TIPS UNTUK KEMPISKAN PERUT



Bagaimana nak membuang lemak di bahagian perut?

Ini menjadi topik yang selalu menjadi bualan. Baca tip-tip bawah ini untuk membuang lemak yang tidak dikehendaki dan nampakkan otot di bahagian perut anda.

1) Makan makanan yang betul

Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemakdi bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan the hijau.

2) Tinggalkan makanan ringan atau fast food

Makan makanan ringan dan makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya menggelakkan mengambil karbohidrat yang diprocess, gula, makan goreng(”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

3) Berhenti makan lewat malam.

Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.

4) Kurangkan minum soda, jus atau minuman bergula.

Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.

5) Latihan kardio dan berat.

Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan. Dan menaiki tangga. Diharap dengan tip-tip yang diberi dapat membantu anda dalam usaha anda mendapatkan bentuk badan yang di ingini.

Kredit : Scribd & Flickr

Source : www.jomdiet.com

Friday, February 11, 2011